ad
ADN

DUN Bukit Lanjan anjur sukan papan selaju untuk anak Orang Asli

31 Jul 2022, 12:30 AM
DUN Bukit Lanjan anjur sukan papan selaju untuk anak Orang Asli

PETALING JAYA, 31 JULAI: Hampir 40 anak Orang Asli Kampung Desa Temuan, dekat sini menyertai sukan papan selaju sejak penghujung tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan berkata penganjuran inisiatif itu sebagai tanda sokongan kepada penduduk untuk aktif beriadah demi menjaga kesihatan.

“Pusat khidmat memanggil beberapa pemain profesional untuk melatih anak-anak yang berusia antara tujuh hingga 15 tahun. Latihan secara bersiri dijalankan di Dewan Desa Temuan kerana lebih selamat dan tidak jauh dari kediaman.

“Memandangkan sukan ini agak lasak, kita turut menyediakan kelengkapan keselamatan seperti pelindung lutut dan siku. Akan datang kita akan menyumbang kasut sesuai kepada mereka,” kata Elizabeth Wong.

Beliau berkata program berkenaan turut menarik minat kanak-kanak perempuan dan pihaknya mengalukan mana-mana individu yang mahu sertai.

“Sukan ini bagus untuk kesihatan. Kita harap lebih banyak lokasi atau gelanggang sesuai dibina memandangkan sukan ini mampu menarik minat ramai,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.