ad
AGENDA

RS-1: Wakil rakyat kerajaan harap kemajuan seiring budaya, tiada golongan tertinggal

30 Jul 2022, 3:30 AM
RS-1: Wakil rakyat kerajaan harap kemajuan seiring budaya, tiada golongan tertinggal
RS-1: Wakil rakyat kerajaan harap kemajuan seiring budaya, tiada golongan tertinggal
RS-1: Wakil rakyat kerajaan harap kemajuan seiring budaya, tiada golongan tertinggal
RS-1: Wakil rakyat kerajaan harap kemajuan seiring budaya, tiada golongan tertinggal

SHAH ALAM, 30 JULAI:  Wakil rakyat kerajaan menyambut baik intipati dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) serta berharap semua perancangan dapat direalisasikan tanpa meminggirkan mana-mana golongan.

[caption id="attachment_532929" align="alignleft" width="260"] ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli berharap RS-1 dapat memperkasa golongan wanita dalam sektor pekerjaan dan kesaksamaan gender.

"Saya mencadangkan supaya Kerajaan Selangor merangka pelan tindakan jangka panjang dengan melaksanakan sasaran penglibatan wanita dalam peringkat pembuat keputusan," katanya.

Ahli dewan negeri (ADN) Kota Anggerik Najwan Halimi berkata RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri perlu melibatkan semua pemegang taruh dan saling bekerjasama untuk menjayakannya.

[caption id="attachment_532930" align="alignright" width="260"] ADN Kota Anggerik Najwan Halimi. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Kejayaan yang ingin dicapai seharusnya tidak di tumpukan kepada kemajuan ekonomi dan fizikal dan semata-mata tetapi perlu bergerak seiring dengan pembangunan budaya dan pemberdayaan demokrasi.

"Untuk merealisasikan semua perancangan ini, gerak kerja dan kaedah pelaksanaannya perlu diberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya," katanya.

Selain itu, ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin berkata Selangor merupakan negeri pertama membentangkan rancangan tempoh lima tahun itu yang disifatkan cukup komprehensif.

[caption id="attachment_532931" align="alignleft" width="260"] ADN Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Perkara paling penting adalah Kerajaan Negeri perlu mempunyai pengumpulan data dan maklumat yang cekap termasuk penyelidikan bagi memastikan RS-1 dapat dilaksanakan sebaiknya," katanya.

Pada Rabu, Dato’ Menteri Besar membentangkan RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan dana RM7.16 bilion manakala baki melebihi RM80 bilion dibiayai anak syarikat serta pihak swasta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.