ad
AGENDA

Covid-19: Kes harian di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut

29 Jul 2022, 9:17 AM
Covid-19: Kes harian di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut

TOKYO, 29 JULAI: Jepun mencatatkan 233,100 kes harian Covid-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.

Tokyo merekodkan 40,406 kes jangkitan buat kali pertama melepasi angka 40,000 ketika berdepan gelombang ketujuh wabak Covid-19 akibat varian Omicron, memetik laporan Kyodo.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jepun telah melaporkan 969,000 kes baharu, jumlah tertinggi di dunia dalam tempoh seminggu.

Majoriti pesakit terdiri dalam kalangan mereka yang berusia 20-an.

Sehingga Rabu, kadar penggunaan katil hospital melebihi 50 peratus di 19 wilayah lebih dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya, menurut data Sekretariat Kabinet.

Selain Tokyo, wilayah Saitama dan Chiba serta Hokkaido dan Aichi adalah antara kawasan yang turut melaporkan kes jangkitan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.