ad
AGENSI

PKNS wujud pasukan khas pantau kerja binaan secara teliti

28 Jul 2022, 8:21 AM
PKNS wujud pasukan khas pantau kerja binaan secara teliti

SHAH ALAM, 28 JULAI: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mewujudkan pasukan khas untuk memantau kerja kontraktor, perunding dan syarikat penswastaan di tapak pembinaan secara teliti.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata syarikat itu juga menambah baik strategi pelan pemulihan bagi mengurangkan bebanan aliran tunai antaranya konsep pembangunan hartanah secara jual dan bina.

Menurut Dato’ Mahmud Abbas, PKNS juga sentiasa memastikan pengurusan risiko dilakukan secara komprehensif bagi mengelakkan perkara berbangkit daripada terus berulang.

"PKNS sentiasa menjunjung prinsip semak dan imbang serta mengambil serius amalan terbaik tadbir urus korporat dalam setiap proses kerja bagi memastikan produk hartanah PKNS berkualiti, selamat dan selesa untuk semua pelanggan kami," katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu merujuk Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung kelemahan pengurusan projek pembangunan hartanah kediaman PKNS.

Mahmud menambah pihaknya memandang serius teguran tersebut dan telah memberi maklum balas kepada keseluruhan penemuan yang direkodkan dalam laporan itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.