ad
AGENSI

Tindakan pantas LUAS berjaya halang tumpahan minyak masuk ke sungai

28 Jul 2022, 6:19 AM
Tindakan pantas LUAS berjaya halang tumpahan minyak masuk ke sungai

SHAH ALAM, 28 JULAI: Pemantauan 24 jam oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mencegah risiko pencemaran susulan kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) KM294.9 arah utara.

Menurut syarikat itu, kemalangan awal pagi tadi antara kereta dan lori menyebabkan tumpahan minyak atas permukaan jalan raya namun tidak mengalir ke saluran atau sumber air berhampiran.

LUAS menjelaskan pihaknya bersama PLUS meletakkan serbuk kayu di kawasan terlibat bagi mengekang insiden bertambah teruk memandangkan lokasi insiden 30 meter dari Sungai Langat.

"Siasatan lanjut LUAS di saluran berhampiran kawasan kemalangan mendapati tiada aliran minyak yang masuk di sepanjang saluran dan ke sumber air berhampiran.

"Pemantauan rapi dari semasa ke semasa diteruskan bagi memastikan insiden tersebut tidak menjejaskan operasi loji rawatan dan gangguan bekalan air kepada pengguna," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Syarikat itu juga menyatakan komitmen untuk melaksanakan pemantauan 24 jam di lembangan sungai dalam memastikan kelangsungan sumber air di negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.