ad
AGENSI

Mohon segera Go Digital, Hijrah tawar pembiayaan sehingga RM50,000

28 Jul 2022, 5:00 AM
Mohon segera Go Digital, Hijrah tawar pembiayaan sehingga RM50,000
Mohon segera Go Digital, Hijrah tawar pembiayaan sehingga RM50,000

SHAH ALAM, 28 JULAI: Usahawan yang berhasrat melebarkan potensi jualan secara dalam talian disaran memohon skim pembiayaan Go Digital Hijrah Selangor (Hijrah) sehingga RM50,000.

Agensi itu memaklumkan inisiatif yang dilancar sejak Februari tahun lalu khusus bagi membantu peniaga sedia ada beralih kearah pendigitalan melalui platform terkini dan moden.

"Dengan pemasaran perniagaan secara digital, ia dapat membantu meningkatkan keupayaan pasaran produk dan perkhidmatan yang akhirnya mampu memaksimum keuntungan hasil jualan secara dalam talian," tulisnya di Facebook hari ini.

Pada 10 Februari 2021, Kerajaan Negeri melancarkan Go Digital khusus membantu usahawan sedia ada melonjak perniagaan mereka ketika berdepan tempoh sukar akibat Covid-19.

Skim itu yang menyasarkan 3,000 peniaga menyediakan pinjaman pembelian alat telekomunikasi seperti gajet dan tablet untuk memasarkan produk serta perkhidmatan secara meluas.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui www.hijrahselangor.com atau hubungi 20 cawangan Hijrah berhampiran.

Peniaga berminat memohon pembiayaan secara dalam talian menerusi mikrokredit.selangor.gov.my

Sepanjang tempoh Januari hingga Jun, seramai 4,113 usahawan menerima pembiayaan perniagaan RM69.01 juta daripada Hijrah menerusi tujuh skim pembiayaan meliputi i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.