ad
AGENDA

Selangor laksana lima projek kurangkan sisa ke tapak pelupusan

27 Jul 2022, 9:08 AM
Selangor laksana lima projek kurangkan sisa ke tapak pelupusan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Selangor melaksanakan lima projek ke arah sistem pengurusan sisa bersepadu untuk mengurangkan sisa ke tapak pelupusan.

Dato' Menteri Besar berkata tiga daripa lima projek itu dianggap sebagai pemacu perubahan  (game changer) iaitu Pembangunan Fasiliti Pemulihan Bahan (MRF).

Dua lagi ialah Pelan Tindakan Pengurusan Sisa dan Pusat Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu (ISWMC) dengan loji rawatan Sisa kepada Tenaga (WTE).

"Pembinaan WTE dijangka mampu mengurus 4,700 tan sisa pepejal setiap hari dan menjana lebih 90MW elektrik menyumbang lebih 67 peratus daripada jumlah sisa pepejal yang dijana.

"Seterusnya campuran tenaga boleh diperbaharui dipertingkat serta mengurangkan penggunaan tapak pelupusan sanitari dan meningkatkan kadar kitar semula," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor.

Menurut beliau, secara purata, Selangor menjana 7,220 tan sisa pepejal sehari, bersamaan 22 peratus daripada sisa pepejal negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.