ad
AGENDA

Covid-19: Jangkitan harian terus meningkat, hampiri angka 5,000 kes semalam

27 Jul 2022, 2:55 AM
Covid-19: Jangkitan harian terus meningkat, hampiri angka 5,000 kes semalam

SHAH ALAM, 27 JULAI: Angka jangkitan baharu Covid-19 terus mencatat peningkatan dengan 4,759 kes semalam berbanding 3,300 kes kelmarin.

Mengikut data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,806 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 adalah sebanyak 4,577,518.

Berdasarkan data itu, Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,840 diikuti Selangor (1,447), Perak (223), Pulau Pinang (211), Sabah (209), Negeri Sembilan (170), Kedah (130) dan Melaka (103).

Di Sarawak pula sebanyak 95 kes dicatatkan manakala, Johor (74), Kelantan (73), Putrajaya (59), Pahang (47), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (14).

Selain itu, 12 kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.