ad
PBT

Hadiah bernilai lebih RM300,000 menanti pembayar cukai di Ampang

26 Jul 2022, 9:52 AM
Hadiah bernilai lebih RM300,000 menanti pembayar cukai di Ampang
Hadiah bernilai lebih RM300,000 menanti pembayar cukai di Ampang

SHAH ALAM, 26 JULAI: Orang ramai berpeluang memenangi cabutan bertuah bernilai lebih RM300,000 sempena ulang tahun ke-30 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut MPAJ, tawaran itu hanya dibuka kepada penduduk yang membayar cukai taksiran iaitu sebelum 28 Februari bagi penggal pertama dan sebelum 31 Ogos ini bagi penggal kedua.

"Jom bayar cukai taksiran demi kelangsungan penyampaian perkhidmatan MPAJ. Anda berpeluang memenangi cabutan bertuah sempena 30 Tahun Penubuhan MPAJ.

"Lebih RM300,000 hadiah untuk dimenangi. Cepat dan jangan lepaskan peluang ini," kongsi MPAJ di Facebook.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang MPAJ di www.mpaj.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.