ad
AGENSI

Dua murid dari Selangor menang pertandingan Ihtifal Kafa kebangsaan

26 Jul 2022, 5:09 AM
Dua murid dari Selangor menang pertandingan Ihtifal Kafa kebangsaan

SHAH ALAM, 26 JULAI: Dua kanak-kanak perempuan menjuarai acara khat kategori perempuan dan tempat ketiga acara bercerita kisah dari al-Quran dalam Pertandingan Ihtifal Kafa Kebangsaan (IKK) kali ke-7 yang berlangsung Ahad lalu.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan dua pemenang terbabit ialah Nur Izzatul Humaira Norshaharizal dari Kafa Integrasi (Kafai) Ar-Rasyidin, Gombak dan Puteri Nur Syifa Awaluddin dari Kafai Al-Waani, Hulu Langat.

"Selangor berjaya mendapat johan bagi acara khat kategori perempuan dan tempat ketiga bagi acara bercerita kisah dari al-Quran dari empat acara yang dipertandingkan.

"Acara yang dipertandingkan ialah tilawah al-Quran, hafazan, khat dan bercerita kisah dari al-Quran," tulisnya di Facebook.

Tambah Jais, Perak dinobat johan keseluruhan dalam pertandingan yang berlangsung di H Elite Design Hotel, Kota Bharu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.