ad
AGENDA

MB ucap takziah pemergian Tan Sri Mustapha Kamal

25 Jul 2022, 4:33 AM
MB ucap takziah pemergian Tan Sri Mustapha Kamal

SHAH ALAM, 25 JULAI: Dato' Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar atas pemergian tokoh korporat itu hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari mendoakan semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Inalillahwainailaihirajiun. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal di atas pemergiannya pagi ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat," katanya menerusi Twitter.

Mustapha Kamal, 73, yang juga pengasas Kumpulan EMKAY meninggal dunia pada jam 7.45 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit tua.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, selepas solat Zohor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.