ad
AGENDA

Tokoh korporat Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia

25 Jul 2022, 2:10 AM
Tokoh korporat Tan Sri Mustapha Kamal meninggal dunia

SHAH ALAM, 25 JULAI: Tokoh hartanah Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar meninggal dunia hari ini pada usia 73 tahun.

Allahyarham yang juga pengasas Kumpulan EMKAY dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.45 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), lapor portal Berita Harian.

Jenazah Mustapha Kamal dilaporkan masih berada di IJN dan pihak keluarga sedang membuat persiapan untuk proses selanjutnya.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.