ad
AGENDA

Agenda perkukuh ekonomi, pelihara kebajikan rakyat tumpuan Rancangan Selangor Satu

24 Jul 2022, 3:56 AM
Agenda perkukuh ekonomi, pelihara kebajikan rakyat tumpuan Rancangan Selangor Satu

SHAH ALAM, 24 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) bakal dibentangkan di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Rabu ini.

RS-1 adalah agenda Kerajaan Negeri bagi memperkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Pembangunan dokumen RS-1 dibuat secara komprehensif dan terangkum, bersifat ‘living document’ yang mampu menangani cabaran baharu,” kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 7 Julai lalu.

Pembentangan RS-1 pada hari ketiga sidang DNS itu turut menekankan pemacuan kelestarian bagi memulihara alam sekitar selain tadbir urus pintar serta berkesan dengan libat urus bersama pemegang taruh juga orang awam.

Liputan berita pembentangan pelan tersebut boleh dibaca melalui akhbar dan portal Selangorkini serta tiga edisi lain, termasuk Mandarin, Tamil dan Inggeris.

Ia juga bakal disiarkan secara langsung melalui saluran SelangorTV dan Facebook Media Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.