ad
ADN

120 keluarga dapat bakul makanan, ringan beban kenaikan harga barang

23 Jul 2022, 6:46 AM
120 keluarga dapat bakul makanan, ringan beban kenaikan harga barang

SHAH ALAM, 23 JULAI: Seramai 120 keluarga di Ladang Nigel Gardner, Bukit Tagar menerima bantuan bakul makanan daripada wakil rakyat Kuala Kubu Bharu pada 21 Julai.

Lee Kee Hiong berkata bantuan itu dihulur bagi menampung kos sara hidup pekerja ladang berkenaan susulan kenaikan harga barangan di pasaran.

"Saya tanya mereka adakah gaji naik dan mereka jawab ada, tetapi masih tidak cukup bagi menampung perbelanjaan kerana harga barang melonjak.

"Ini adalah kisah hidup pekerja di ladang. Walaupun mereka gembira ketika menerima sumbangan tetapi tekanan kos sara hidup masih membelenggukan hati mereka," katanya di Facebook hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.