ad
PBT

MPK sita barang jualan, peralatan premis perniagaan beroperasi tanpa lesen

23 Jul 2022, 4:44 AM
MPK sita barang jualan, peralatan premis perniagaan beroperasi tanpa lesen

SHAH ALAM, 23 JULAI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan operasi memeriksa beberapa premis perniagaan dipercayai milik warga asing di sekitar Meru, semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Penguatkuasa MPK hasil pemeriksaan di dua lokasi di Meru itu mendapati terdapat kegiatan menjual minuman keras di kediaman yang diubah suai sebagai kedai runcit.

"Dalam pemeriksaan yang dijalankan MPK mengesan lapan kediaman diubah suai menjadi premis perniagaan dan kesemuanya tidak mempunyai lesen sah.

"Oleh itu, tindakan penyita barang-barang perniagaan diambil oleh anggota penguatkuasa MPK antaranya arak, tong gas, meja, kerusi, barangan runcit, makanan kering, alat timbang digital dan pakaian dianggarkan bernilai RM7,000," kata Shahrul Hazri Abd Majid di Facebook.

Mengulas lanjut, beliau berkata serbuan berkenaan adalah yang keempat tahun ini di lokasi yang sama.

Justeru, Shahrul Hazri mengharapkan kerjasama orang ramai terutama penduduk setempat untuk membantu MPK mengekang aktiviti itu pada masa akan datang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.