ad
ADN

153 penutup air di Lebuhraya Pulau Indah hilang, pengguna dinasihat berhati-hati

23 Jul 2022, 1:20 AM
153 penutup air di Lebuhraya Pulau Indah hilang, pengguna dinasihat berhati-hati

SHAH ALAM, 23 JULAI: Wakil rakyat Pelabuhan Klang mengesa Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak segera mengantikan 153 penutup lubang air di Lebuhraya Pulau Indah yang dikesan hilang.

Azmizam Zaman Huri turut menasihatkan pengguna lebuh raya berkenaan terutamanya penunggang motosikal untuk lebih berhati-hati sementara menanti tindakan pembaikan daripada JKR.

"Sebanyak 72 unit penutup lubang air telah hilang bermula dari persimpangan lampu isyarat Laguna Park sehingga ke pusingan U Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah.

"Manakala sebanyak 81 unit penutup pula telah hilang bermula dari persimpangan U Kampung Sungai Kembong hingga ke persimpangan lampu isyarat Laguna Park," katanya di Facebook baru-baru ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.