ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma di Meru hari ini, Petaling Jaya esok

23 Jul 2022, 12:00 AM
Saringan kesihatan percuma di Meru hari ini, Petaling Jaya esok
Saringan kesihatan percuma di Meru hari ini, Petaling Jaya esok

SHAH ALAM, 23 JULAI: Program saringan kesihatan percuma, Selangor Saring diteruskan hari ini di dua lokasi di Meru, Klang.

EXCO kesihatan menerusi facebook memaklumkan program berkenaan berlangsung di Dewan Serbaguna Meru dan Sekolah Rendah Agama, Jalan Hassan.

Dr Siti Mariah Mahmud turut memaklumkan program sama diteruskan ke laman MBPJ Boulevard, Petaling Jaya pada Ahad.

"Jika anda tinggal berdekatan dengan Klang dan Petaling, anda boleh jalani saringan kesihatan ini secara PERCUMA di lokasi berkenaan," katanya.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khususnya individu yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, barah servik, payu dara dan prostat selain ujian darah najis okulta atau kolorektal.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui http://selangorsaring.selangkah.my atau hubungi talian Selcare 1-800-22-6600.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.