ad
AGENDA

Misi bantuan bah bukti Selangor prihatin, ringankan perit ditanggung mangsa

21 Jul 2022, 1:55 PM
Misi bantuan bah bukti Selangor prihatin, ringankan perit ditanggung mangsa
Misi bantuan bah bukti Selangor prihatin, ringankan perit ditanggung mangsa

BALING, 21 JULAI: Misi Selangor Penyayang 2.0 adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu insiden mangsa banjir di Baling, Kedah.

EXCO pembangunan luar bandar berkata misi kemanusiaan itu bukan sekadar penyerahan sumbangan wang tunai dan keperluan, sebaliknya berkongsi keperitan bersama mangsa banjir.

"Mangsa banjir bukan sahaja menyatakan kegembiraan menerima bantuan yang meringankan beban ditanggung mereka tetapi turut menyuarakan kerisauan sekiranya kejadian berulang.

"Apabila bertemu, mereka bercerita terkejut dengan banjir yang berlaku dan risau jika cuaca mendung. Mereka masih fobia dengan bencana ini. Semoga sumbangan dan kehadiran kami memberi motivasi kepada mereka," kata Borhan Aman Shah di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada 163 penduduk terkesan bah di Surau An-Nur Taman Mesra Kupang di sini yang turut disampaikan EXCO Perumahan Rodziah Ismail.

Sebanyak 72 rumah mangsa banjir di Baling, Kedah dibersihkan pasukan sukarelawan negeri ini sepanjang dua hari misi pascabanjir tersebut.

Misi kali kedua itu turut disertai 150 anggota Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dari 12 pihak berkuasa tempatan (PBT), Sukarelawan Selangor dan Team Selangor.

Pada 6 Julai, misi pertama disertai 262 anggota PBT dan sukarelawan membantu membersihkan puluhan kediaman mangsa banjir dengan 90 tan sampah pukal dikeluarkan dari kawasan tersebut.

Hujan lebat hampir tiga jam di Baling pada 4 Julai lalu menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki kediaman penduduk berdekatan dan mengorbankan tiga individu termasuk wanita hamil.

[caption id="attachment_531369" align="aligncenter" width="500"] Sukarelawan Team Selangor mengangkat tilam untuk disampaikan kepada mangsa banjir menerusi Misi Selangor Penyayang 2.0 di Surau An Nur Taman Mesra Kupang, Baling, Kedah pada 21 Julai2022 . Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.