ad
AGENDA

Ibu kandung didakwa bunuh anak perempuan 11 tahun

21 Jul 2022, 5:35 AM
Ibu kandung didakwa bunuh anak perempuan 11 tahun

BATU PAHAT, 21 JULAI: Seorang ibu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia 11 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng di sini Khamis lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Sembakavali, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh N Maha Letchumi, 11, di sebuah rumah bernombor 21 Jalan Tropika 14, Taman Bukit Tropika, Yong Peng kira-kira pukul 4.55 petang 14 Julai lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzati Rozman manakala Sembakavali tidak diwakili peguam.

Nurasidah menetapkan 13 Sept ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan kimia.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan mati dengan kesan jerut di leher dan terdapat kesan luka di dahi, namun tiada kecederaan di bahagian badan mangsa.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.