ad
EXCO

Semua PBT sertai Misi Selangor Penyayang 2.0 bertolak ke Baling esok

19 Jul 2022, 7:39 AM
Semua PBT sertai Misi Selangor Penyayang 2.0 bertolak ke Baling esok
Semua PBT sertai Misi Selangor Penyayang 2.0 bertolak ke Baling esok

PETALING JAYA, 19 JULAI: Misi Selangor Penyayang (MSP) 2.0 diteruskan membabitkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dari 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bertolak ke Baling, Kedah esok.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata misi kali ini melibatkan pemberian bantuan kepada mangsa banjir lumpur pada awal bulan.

Beliau berkata kesemua pasukan akan bergerak dari PBT masing-masing dan berkumpul di sana sebelum pemberian bantuan dijalankan.

[caption id="attachment_516791" align="alignright" width="420"] EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han.[/caption]

“Pada MSP 1.0, seramai 262 anggota PBT bersama ahli sukarelawan digerakkan ke Baling membantu mangsa. Aset turut dibawa termasuklah lori dan pam air bertekanan tinggi untuk mudahkan proses pembersihan.

“Sepanjang di sana, sebanyak 90 tan sampah pukal di bawa keluar. Kita harap usaha hari itu meringankan beban mangsa,” katanya selepas meninjau projek penggantian pembentung di Bandar Puchong Jaya, di sini hari ini.

Pada 6 Julai, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan konvoi MSP 1.0 di dataran pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri ke Baling.

Pasukan yang disertai 189 anggota PBT dan 20 Sukarelawan Selangor (SERVE) berjaya membersihkan 72 rumah sepanjang dua hari misi bantuan.

Hujan lebat hampir tiga jam di Baling pada 4 Julai menyebabkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki kediaman penduduk berdekatan.

Tiga sekeluarga termasuk wanita hamil maut selepas dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.