ad
AGENDA

Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad direman empat hari

19 Jul 2022, 7:33 AM
Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad direman empat hari

SHAH ALAM, 19 JULAI: Seorang lelaki yang ditahan kerana mempersenda Islam dan Nabi Muhammad melalui video di media sosial direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias terhadap lelaki berusia 35 tahun itu bagi membolehkan siasatan lanjut, lapor Berita Harian.

Siasatan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dilaporkan berkata menerima laporan berhubung individu yang menghina Islam melalui klip video yang tular di media sosial.

Susulan itu, jelasnya, suspek yang tidak bekerja ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di Kampung Bagan Chekok, jam 11.30 pagi semalam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.