ad
AGENDA

Kesan awal anak lambat bercakap, ibu bapa dipelawa daftar saringan percuma

19 Jul 2022, 12:00 AM
Kesan awal anak lambat bercakap, ibu bapa dipelawa daftar saringan percuma

SHAH ALAM, 19 JULAI : Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak lewat bertutur untuk menjalani saringan awal secara percuma.

Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata program saringan dan pengesahan kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor itu dibuka sehingga esok.

"Anak anda mempunyai masalah lewat perkembangan seperti lambat bercakap dan sebagainya? Ingin tahu lebih lanjut berhubung masalah tersebut melalui saringan ujian awal oleh pakar?.

“Program saringan ini khusus kepada kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan mahupun rujukan daripada doktor pakar. Jangan lepaskan peluang dan segera daftar sebelum 20 Julai ini," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa atau penjaga boleh mengisi maklumat menerusi pautan https://www.anisselangor.com/saringan untuk menyertai program ini.

"Selepas saringan, ibu bapa akan diberi rumusan laporan oleh sekumpulan pakar dalam pelbagai bidang untuk tindakan selanjutnya. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi 03-5545 3170 (Pusat Anis)," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.