ad
AGENDA

Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu sindiket menyamar pegawai LHDN

17 Jul 2022, 8:27 AM
Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu sindiket menyamar pegawai LHDN

JOHOR BAHRU, 17 JULAI: Seorang peniaga kerugian RM1.02 juta selepas ditipu sindiket 'Macau Scam' yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkannya mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat miliknya.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima laporan kejadian daripada mangsa yang merupakan wanita berusia 50 tahun, semalam.

"Mangsa menerima panggilan daripada pihak sindiket itu pada pertengahan Mei lepas. Mangsa yang terpedaya telah mengikut arahan dengan membuat pembayaran tunai melalui 23 transaksi menggunakan mesin deposit tunai berjumlah RM900,000 ke dalam 16 akaun berbeza.

"Mangsa turut menyerahkan akses perbankan dalam talian akaun berkenaan kepada pihak sindiket," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah membuat semakan akaun bank miliknya semalam dan mendapati sebanyak tujuh transaksi berjumlah RM122,300 telah dilakukan tanpa pengetahuannya kepada beberapa pihak tidak dikenali.

"Mangsa syak dirinya telah ditipu," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.