ad
AGENDA

MB: Kejayaan skuad B-19 beri sinar harapan masa depan bola sepak negara

17 Jul 2022, 5:43 AM
MB: Kejayaan skuad B-19 beri sinar harapan masa depan bola sepak negara
MB: Kejayaan skuad B-19 beri sinar harapan masa depan bola sepak negara

SHAH ALAM, 17 JULAI: Dato' Menteri Besar merakam ucapan tahniah kepada skuad muda Harimau Malaya yang menjuarai Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, jumaat lalu.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kejayaan skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras membenam Laos dengan mata 2-0 menerbitkan sinar harapan buat masa depan bola sepak negara.

"Syabas Harimau Malaya Bawah 19 Tahun yang menjuarai Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 selepas berjaya menjinakkan Laos 2-0!

"Ramuan kerjasama dan disiplin yang benar-benar mantap, menerbitkan sinar harapan buat masa depan bola negara!," ucapnya di Facebook.

Jumaat lepas, skuad B-19 negara muncul juara Kejohanan B-19 AFF 2022 setelah menumpaskan Laos 2-0 pada aksi final di Stadium Patriot Candrabhaga di Bekasi, Indonesia.

Kejayaan berikut adalah kali kedua buat Malaysia apabila skuad B-19 kebangsaan yang dibimbing pengendali Kuala Lumpur City FC Bojan Hodak turut menjuarai kejohanan itu pada edisi 2018.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.