ad
AGENDA

Anwar: Perkuat HARAPAN, bina jaringan dengan pembangkang lain

16 Jul 2022, 5:20 AM
Anwar: Perkuat HARAPAN, bina jaringan dengan pembangkang lain

SHAH ALAM, 16 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk bergerak bersama DAP, Parti Amanah Negara dan UPKO bagi memperkuatkan Pakatan Harapan bagi menawan kembali Putrajaya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata beliau juga bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana blok pembangkang untuk mendepani Pilihan Raya Umum ke-15.

“Sudah tentu kita akan terus bina jaringan dengan parti pembangkang walau ada ketegangan dan perselisihan," katanya ketika merasmikan Kongres Nasional KEADILAN ke-16 di Pusat Konvensyen Ideal di sini, hari ini.

“Saya juga ketua pembangkang. Jadi maknanya kerja akrab seharusnya terjalin dengan semua parti pembangkang dan akan terus dengan agenda ditetapkan.”

Berlangsung selama tiga hari, kongres bertema ‘Menjulang Keadilan’ yang membuka tirainya semalam menerima kehadiran penuh, selepas tidak dapat berbuat demikian tahun lalu akibat penularan Covid-19.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.