ad
AGENDA

Anwar yakin RUU antilompat parti dibentang bulan ini

12 Jul 2022, 9:19 AM
Anwar yakin RUU antilompat parti dibentang bulan ini

SHAH ALAM, 12 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Rang Undang-undang (RUU) Antilompat parti akan tetap dibentangkan dalam sesi Dewan Rakyat bulan ini.

Ketua pembangkang berkata penangguhan sebelum ini berikutan Pakatan Harapan dan kerajaan perlu merujuk draf RUU tersebut kepada Jawatankuasa Pilihan Khas.

"Wakil kita dalam jawatankuasa akui perubahan itu dan sudah ada draf terakhir. Perdana menteri mengesahkan dan beri kenyataan jelas ia tetap akan dibentangkan pada sesi (Parlimen) bulan ini,"

katanya dalam temu bual eksklusif bersama Media Selangor.

Wawancara tersebut akan disiarkan secara bersiri mulai 13 hingga 15 Julai di portal Selangorkini dan YouTube Selangor TV. Temu bual tersebut juga dimuatkan dalam akhbar edisi 14-20 Julai.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu turut mengupas pelbagai isu semasa antaranya pemilihan parti, kenaikan harga makanan dan kerjasama pembangkang dalam pilihan raya umum.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.