ad
AGENSI

LZS beri penghargaan Aeril Zafrel bayar zakat lebih RM50,000

12 Jul 2022, 4:05 AM
LZS beri penghargaan Aeril Zafrel bayar zakat lebih RM50,000

SHAH ALAM, 12 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) memberi penghargaan kepada pelakon tanah air Aeril Zafrel yang menunaikan zakat melebihi RM50,000.

Agensi menyerahkan plat ucapan terima kasih kepada ahli perniagaan itu kerana membayar zakat menerusi syarikatnya, Respected Citizen Sdn Bhd.

"Alhamdulillah! Terima kasih Aeril Zafrel kerana terus menyokong membantu asnaf di Selangor.

"Jom sama-sama kita doakan moga harta beliau terus subur untuk bantu mereka yang memerlukan," tulis LZS di Facebook.

Terdahulu, Aeril Zafrel memuat naik swafoto beliau dengan plat penghargaan LZS di Instagram.

"Alhamdulillah dapat penghargaan daripada Pusat Zakat Selangor untuk tahun ini. Mari ramai-ramai kita tunaikan kewajipan," tulisnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.