ad
AGENDA

Bomba selamat bayi umur 47 hari terperangkap dalam kereta

11 Jul 2022, 2:39 PM
Bomba selamat bayi umur 47 hari terperangkap dalam kereta

ALOR SETAR, 11 JULAI: Seorang bayi perempuan berusia 47 hari yang terperangkap dalam kereta Perodua Viva di kawasan Alor Merah di sini, petang tadi berjaya diselamatkan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.21 petang, lapor portal Berita Harian.

"Sepasukan anggota dari BBP Alor Setar diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rusdi Lazim membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan bayi perempuan berkenaan.

"Bomba mengambil masa hampir lima minit untuk mengeluarkan bayi. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.43 petang," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.