ad
AGENDA

Lelaki dipercayai lemas ketika menjala ikan

11 Jul 2022, 2:26 PM
Lelaki dipercayai lemas ketika menjala ikan

TENOM, 11 JULAI: Seorang lelaki yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Padas, Panawan Kuala Tomani, di sini, sejak Sabtu lalu, masih gagal ditemui.

Mangsa Alphonius @Ebon Ambabai, 25, dipercayai lemas ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan, lapor portal Berita Harian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, operasi pencarian yang dijalankan hari ini terbahagi kepada empat kumpulan.

Katanya, operasi itu menggunakan kaedah 'surface rescue' di tebing sungai sepanjang empat kilometer.

"Mangsa masih belum ditemui dan operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 5.10 petang tadi," katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi akan disambung semula esok.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.