ad
AGENDA

Anwar: Kerjasama pembangkang pastikan satu lawan satu, elak pertembungan

11 Jul 2022, 2:00 AM
Anwar: Kerjasama pembangkang pastikan satu lawan satu, elak pertembungan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Rundingan antara parti pembangkang perlu dibuat bagi mewujudkan persefahaman sekali gus mengelak pertembungan dalam pilihan raya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan strategi tersebut bagi memastikan saingan satu lawan satu diwujudkan untuk menewaskan Barisan Nasional.

"Khemah besar ini istilah bagi saya dengan polemik sekarang kadang mengelirukan. Bagi saya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), DAP dan Parti Amanah Negara adalah kekuatan unggul yang mesti dibesarkan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Media Selangor.

Wawancara tersebut akan disiarkan secara bersiri mulai 13 hingga 15 Julai di portal Selangorkini dan YouTube Selangor TV. Temu bual tersebut juga dimuatkan dalam akhbar edisi 14-20 Julai.

Presiden KEADILAN itu turut mengupas pelbagai isu semasa antaranya pemilihan parti, kenaikan harga makanan dan Rang Undang-undang Antilompat parti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.