ad
AGENDA

Aidiladha: Plaza tol, kawasan mendaki lokasi kerap sesak di lebuh raya

11 Jul 2022, 12:04 AM
Aidiladha: Plaza tol, kawasan mendaki lokasi kerap sesak di lebuh raya

KUALA LUMPUR, 11 JULAI: Plaza tol dan kawasan mendaki merupakan lokasi yang kerap berlaku kesesakan di lebuh raya sepanjang cuti sempena sambutan Aidiladha kali ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata ia susulan dapatan daripada Op Lancar yang dibuat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM.

"JSPT telah memulakan Op Lancar kelmarin (Jumaat) dan ia bakal berakhir esok (hari ini).

"Esok (hari ini) pengguna jalan raya di seluruh negara dijangka mula pulang ke ibu kota setelah bercuti sempena perayaan kali ini," menurutnya dalam kenyataan.

Beliau turut menasihati pengguna supaya mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lebuh raya dan cadangan pergerakan oleh konsesi lebuh raya sebelum memulakan perjalanan.

"Patuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, keluarga serta pengguna yang lain di lebuh raya,” katanya.

Noorsiah berkata PDRM sentiasa komited dalam pengurusan Op Lancar demi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna serta kelancaran lalu lintas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.