ad
BERITA UTAMA

Sabak Bernam jadi kluster pertanian, bantu tingkat ekonomi penduduk

8 Jul 2022, 2:37 AM
Sabak Bernam jadi kluster pertanian, bantu tingkat ekonomi penduduk

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (Sabda) dilaksana bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi penduduk dalam pelbagai sektor, kata EXCO pemodenan pertanian.

Ir Izham Hashim mejelaskan pihaknya juga bercadang mewujudkan kelompok di setiap daerah dengan meletakkan Sabak Bernam sebagai kluster pertanian dan agropelancongan.

"Selangor mempunyai sembilan daerah dan paling belakang ialah Sabak Bernam. Menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan agihan kemewahan dan kekayaan diagih dengan sebaiknya.

"Namun,ia perlu buat secara semula jadi dan tidak boleh dipaksa. Kita perlu cetuskan pembangunan ekonomi supaya dapat dicapai dan tidak ketinggalan," katanya dalam Forum Ekonomi Rancangan Selangor Satu (RS-1) semalam.

Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025 dilancar Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Menerusi simposium itu, Amirudin memaklumkan RS-1 memfokuskan empat tema utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.