ad
PBT

MPKj hantar kakitangan bantu mangsa banjir di Baling, Kedah

7 Jul 2022, 12:59 PM
MPKj hantar kakitangan bantu mangsa banjir di Baling, Kedah

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menghantar kakitangan bagi membantu operasi membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di Baling, Kedah baru-baru ini.

Sesi pelepasan misi bantuan banjir itu disempurnakan oleh Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain di pekarangan Menara MPKj semalam.

Menurut MPKj misi berkenaan adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan itu bagi membantu mangsa banjir di kawasan terbabit.

"MPKj menghantar sekumpulan kakitangan ke Baling, Kedah. Mereka akan mengadakan misi pembersihan kawasan yang terjejas dengan banjir.

"Semoga perjalanan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar," katanya di Facebook.

Kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada Isnin lalu mengorbankan tiga mangsa manakala tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras selain kira-kira 70 rumah rosak akibat bencana itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.