ad
AGENDA

Kerajaan Negeri belum terima laporan penilaian projek PJD Link

7 Jul 2022, 10:44 AM
Kerajaan Negeri belum terima laporan penilaian projek PJD Link

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kerajaan Negeri belum menerima laporan penilaian yang menjadi syarat dalam perjanjian konsesi ditandatangani syarikat yang membangunkan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link).

EXCO infrastruktur berkata pemaju perlu melaksanakan penilaian kesan alam sekitar (EIA), penilaian impak sosial (SIA) dan penilaian impak lalu lintas (TIA) sebelum projek boleh dimulakan.

"Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak PJD Link," kata Ir Izham Hashim dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ir Izham meminta orang ramai mendapatkan maklumat tepat berkaitan PJD Link, bukan mempercayai ulasan tidak benar mengenai isu berkenaan.

Kira-kira 50 penduduk Petaling Jaya berhimpun di Jalan Prof Khoo Kay Kim pada 2 Julai bagi membantah projek PJD Link yang diluluskan kerajaan secara dasar. Projek itu dibatal pada 2015 tetapi diluluskan semula pada bulan lepas.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.