ad
AGENSI

Mais anjur taklimat pengislaman, galak orang awam santuni mualaf

7 Jul 2022, 4:26 AM
Mais anjur taklimat pengislaman, galak orang awam santuni mualaf

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menganjurkan taklimat berkaitan pengurusan pengislaman sempena Program Penghayatan Bulan Mualaf 2022 Selasa lalu.

Program Le Tour D'Masjid di Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 di sini bertujuan menggalak institusi masjid dan orang awam menyantuni mualaf terutama mereka yang tinggal di kawasan kariah.

Menurut Mais seramai 80 jemaah masjid hadir bagi mengikuti program anjuran Sektor Sosial.

"Semoga jemaah mendapat manfaat dan pencerahan berhubung proses pendaftaran pengislaman di Selangor," katanya menerusi Facebook

Taklimat berkaitan tatacara pengislaman seperti majlis syahadah dan permohonan kad Islam disampaikan Eksekutif Bahagian Pendaftaran Mualaf dan Pembangunan PIBK Mais Che Mohd Noor Lee Abdullah Lee.

Turut diadakan kaunter Klinik Guaman Syarie Mais kepada kariah masjid yang ingin mendapatkan nasihat perundangan keluarga.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.