ad
BUDAYA

Perempuan sampan di bulan November

7 Jul 2022, 12:00 AM
Perempuan sampan di bulan November

 

di tanah tumpah darahku diang,

hujan siang dan malam bertikam lidah, di tanah Banjarmasin kemarau membaham fikir,

kita bertukar kisah di buritan sampan di tumit pagi yang berdarah,

senyummu sepekat air sungai Kuin, lesu terapung,

kopimu kuhirup sehingga lupa kekasihku di gunung malaya,

hangat mengheret kedinginan pagi ke belantara jauh,

angin bersenggama menyampuk bicara kita,

kita setia mati dalam runtuhan puisi.

Baharuddin Sairi

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.