ad
AGENDA

Keputusan tawaran ke tingkatan enam diumum 7 Julai

2 Jul 2022, 5:16 AM
Keputusan tawaran ke tingkatan enam diumum 7 Julai

PUTRAJAYA, 2 JULAI: Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam bagi 2022 akan diumumkan pada Khamis depan (7 Julai).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 melalui aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

"Murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

"Bagi murid yang tidak mempunyai capaian Internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing," katanya.

Menurut KPM keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama, manakala bagi pelajar yang tidak mempunyai capaian Internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

Pelajar yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran,” katanya.

Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022, katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.