ad
AGENDA

Mat Kilau atasi kutipan filem Hollywood, raih RM23.3 juta dalam seminggu

1 Jul 2022, 9:38 AM
Mat Kilau atasi kutipan filem Hollywood, raih RM23.3 juta dalam seminggu

SHAH ALAM, 1 JULAI: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan mulai 23 Jun lalu meraih kutipan lebih RM23.3 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan.

Pengarahnya Syamsul Yusof berkata kutipan filem itu juga mengatasi karya lain termasuk dari Hollywood yang sedang ditayangkan ketika ini.

"Mat Kilau masih berjaya menduduki carta pecah panggung nombor satu mengatasi filem Hollywood Minions, Jurassic World: Dominion,Elvis dan Top Gun: Maverick.

"Filem epik Melayu terpantas capai 23.3 juta hanya dalam masa tujuh hari," katanya melalui Instagram.

Filem Mat Kilau yang menelan belanja RM8 juta menampilkan Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari, Wan Hanafi Su, Yayan Ruhian dan ramai lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.