ad
AGENDA

Hans Isaac tewaskan Altimet, ketua baharu KEADILAN Ampang

1 Jul 2022, 5:09 AM
Hans Isaac tewaskan Altimet, ketua baharu KEADILAN Ampang

SHAH ALAM, 1 JULAI: Persaingan dua selebriti terkenal dalam perebutan jawatan ketua dalam pemilihan semula  Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi cabang Ampang dimenangi Datuk Hans Isaac.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, memperoleh 748 undi menewaskan pencabar terdekatnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 43, atau Altimet dengan perbezaan dua undi.

Menurut laporan Astro Awani, tiga lagi pesaing iaitu Abdullah Md Zain memperolehi 101 undi, Sam Hoo Wai (70) dan Abdul Latif Shaari (10 undi), manakala Abdul Halim Mohamed Yusof menarik diri.

Hans Isaac, pengarah dan pelakon terkenal, menyertai KEADILAN pada 2020 manakala Altimet, penyanyi hip hop, menyertai parti itu pada April tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.