ad
PBT

MPKj sedia bantu pemilik lupus kereta lama, terbiar

30 Jun 2022, 7:15 AM
MPKj sedia bantu pemilik lupus kereta lama, terbiar
MPKj sedia bantu pemilik lupus kereta lama, terbiar

SHAH ALAM, 30 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan perkhidmatan untuk melupus kenderaan lama dan usang kepada orang ramai.

Menurut MPKj bagi membolehkan mereka berbuat demikian pemilik perlu membatalkan hak milik kenderaan terbabit di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Pemilik yang sudah membatalkan hak milik kenderaan boleh menghubungi Jabatan Penguatkuasaan MPKj bagi urusan pelupusan kenderaan," katanya dalam kenyataan.

Pihak  berkuasa tempatan itu memaklumkan Jabatan Penguatkuasaan boleh dihubungi di talian 03 87377899 sambungan 2008, 2002 dan 2016.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.