ad
AGENSI

Pelajar lepasan SPM dipelawa sertai program perantis mekanik, pengurusan pejabat

30 Jun 2022, 2:10 AM
Pelajar lepasan SPM dipelawa sertai program perantis mekanik, pengurusan pejabat
Pelajar lepasan SPM dipelawa sertai program perantis mekanik, pengurusan pejabat

SHAH ALAM, 30 JUN: Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) mempelawa belia khususnya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 menyertai program perantisan mekanik automotif dan pengurusan pejabat.

Menurut ketua penyelarasnya, inisiatif dengan kerjasama Akademi Carsome itu terhad kepada 70 peserta dan mereka yang layak bakal menerima pelbagai manfaat menerusi program berkenaan.

"Peserta yang menyertai program ini akan diberi latihan intensif selama setahun meliputi tiga bulan teori dan selebihnya praktikal di cawangan berdekatan selain dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3.

"Selain itu, mereka berpeluang ditempatkan sepenuhnya di cawangan syarikat pengendali pasaran kereta terpakai Asia Tenggara terbabit sebaik tamat latihan dengan gaji permulaan RM2,000 dan elaun RM300," kata S Vijayan kepada Selangorkini.

Pendaftaran boleh dibuat pada program Perantisan dan Penempatan Pekerjaan di Dewan Mini Auditorium Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula esok hingga 2 Julai.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Lelaki dan perempuan berumur 18 tahun hingga 25 tahun
  • Lulus Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan SPM
  • Boleh membaca, menulis dan mengira

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.