ad
AGENSI

Team Selangor bersih Sungai Kedondong, kumpul 95 kilogram sampah

30 Jun 2022, 12:26 AM
Team Selangor bersih Sungai Kedondong, kumpul 95 kilogram sampah

SHAH ALAM, 30 JUN: Team Selangor meneruskan aktiviti mengutip sampah di sekitar kawasan Sungai Kedondong, Batang Kali pada 25 Jun lalu.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata seramai 25 sukarelawan Team Selangor mengikuti program yang turut disertai syarikat Nomura.

"Kita berjaya mengumpul dan membawa keluar 95 kilogram sampah antaranya bungkusan makanan, penyedut minuman dan plastik.

"Ini bukan aktiviti mengutip sampah yang pertama dan kita akan meneruskannya supaya masyarakat sedar kepentingan menjaga ekosistem," katanya kepada SelangorKini.

Team Selangor memulakan aktiviti mengutip sampah bermula tahun lalu dengan menumpukan kawasan tumpuan ramai.

Lokasi pertama yang dipilih ialah di Pantai Remis di Jeram, disusuli di Sungai Sekamat di Kajang manakala seterusnya di sekitar sungai di Hulu Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.