ad
BERITA UTAMA

Belia dipelawa sertai Serve Rescue, bantu tugas menyelamat ketika bencana

29 Jun 2022, 3:00 AM
Belia dipelawa sertai Serve Rescue, bantu tugas menyelamat ketika bencana
Belia dipelawa sertai Serve Rescue, bantu tugas menyelamat ketika bencana

SHAH ALAM, 29 JUN: Golongan belia di negeri ini dipelawa menyertai Sukarelawan Selangor (Serve) Rescue yang ditubuhkan bagi membantu pihak berkuasa apabila berlaku bencana.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memaklumkan pasukan khas itu bertujuan mempercepatkan operasi bantuan ketika bencana dan bertindak sebagai responden pertama ketika kejadian berlaku.

"Latihan, kemudahan dan tempat latihan akan disediakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

"Kelebihan apabila menyertai kami adalah akan anda memperoleh elaun bertugas, perlindungan insuran, latihan dan kursus oleh JBPM Selangor, kelengkapan responden pertama dan keahlian percuma," katanya di Facebook.

Antara syarat penyertaan mestilah warganegara, berumur 18 hingga 45 tahun, sihat tubuh badan tanpa kecacatan fizikal, boleh membaca dan menulis, berminat menjalankan tugas sukarela serta aktiviti kemasyarakatan.

Mereka yang menepati syarat dan berminat boleh mengimbas kod QR Serve Rescue seperti di dalam gambar.

Sebelum ini Serve Rescue dikenali sebagai Serve Elit dan Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100,000 bagi penubuhan pasukan berkenaan.

Setakat ini, 100 daripada 300 ahli Serve sudah tersenarai dalam Serve Rescue hasil saringan yang dijalankan oleh MSN Selangor

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.