ad
AGENDA

Pandelela raih gangsa acara 10m platform kejohanan dunia

28 Jun 2022, 1:54 AM
Pandelela raih gangsa acara 10m platform kejohanan dunia

SHAH ALAM, 28 JUN: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg meraih gangsa acara 10m platform wanita di Kejohanan Dunia FINA di Budapest, Hungary.

Turun sebagai penerjun paling senior dalam acara berkenaan, Pandelela mengutip 338.85 mata keseluruhan, ketinggalan 78.4 di belakang Chen Yuxi dari China yang memenangi emas, lapor portal Berita Harian

Seorang lagi peserta China, Quan Hongchan, 15, yang mengatasi Yuxi untuk emas Olimpik Tokyo, di tempat kedua dengan 416.95 mata, hanya 0.4 di belakang rakan senegaranya itu.

Selepas ini Pandelela akan bergandingan dengan Nur Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama wanita.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.