ad
AGENSI

Pekawanis peruntuk RM84,000 rai wanita di 42 DUN sempena Hari Ibu

27 Jun 2022, 12:53 PM
Pekawanis peruntuk RM84,000 rai wanita di 42 DUN sempena Hari Ibu

GOMBAK, 27 JUN: Sebanyak RM84,000 diperuntuk Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) bagi sambutan Hari Ibu di 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad berkata Setiap DUN menerima RM2,000 di mana peruntukan itu bertambah berbanding tahun lalu hanya RM1,000.

"Program ini diadakan bagi meraikan wanita-wanita bergelar ibu yang banyak berjasa dan di DUN Sungai Tua ini kita meraikan 50 wanita dengan enam daripada mereka dianugerah sebagai tokoh.

"Ini adalah tahun kedua kita anjur dengan setiap DUN menerima RM2,000. Tahun lalu disebabkan pandemik kita sampaikan anugerah dari rumah ke rumah sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Ibu Pekawanis DUN Sungai Tua di Hotel RHR Bandar Baru Selayang di sini hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.