ad
AGENDA

Jelajah Selangor Penyayang platform sebarkan insentif Kerajaan Negeri

27 Jun 2022, 6:00 AM
Jelajah Selangor Penyayang platform sebarkan insentif Kerajaan Negeri
Jelajah Selangor Penyayang platform sebarkan insentif Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 27 JUN: Program Jelajah Selangor Penyayang pada Ahad menjadi platform untuk masyarakat mengetahui lebih lanjut berkenaan manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Pengunjung P Balu berkata menerusi program di Dataran Pantai Morib, Banting, beliau mendapat pelbagai maklumat berhubung insentif Kerajaan Negeri dalam membantu penduduk.

“Kita boleh lihat juga apa yang telah diberikan Kerajaan Negeri. Banyak bantuan sudah diagihkan dan semuanya bagus untuk masyarakat.

“Harap program jelajah seperti ini diteruskan lagi pada masa akan datang. Bukan hanya tahu info berkenaan Kerajaan Negeri tetapi juga banyak acara dengan tawaran hadiah menarik diadakan,” katanya.

[caption id="attachment_527472" align="alignright" width="500"] P Balu ketika ditemui pada program di Dataran Pantai Morib, Banting[/caption]

Bagi Chin Siew Mei, beliau hadir bersama keluarga ke program berkenaan selepas tertarik dengan acara sukaneka kanak-kanak.

“Saya bawa anak-anak untuk cuba permainan ini. Dalam masa sama, saya dapat mengetahui pelbagai maklumat berkenaan agensi Kerajaan Negeri.Saya juga terima banyak cenderhati selepas melawat tapak pameran,” katanya.

Sementara itu pengunjung Aznam Bintukiaman berkata program jelajah itu memberi peluang kepada ibunya mendapat bantuan lebih cepat.

“Saya wakilkan ibu untuk terima bantuan warga emas selepas dihubungi pihak Kerajaan Negeri. Inisiatif ini sangat membantu warga emas yang kurang mampu dan harap diteruskan pada masa depan,” katanya.

Program jelajah dilancarkan pada 19 Jun di Taman Kosas Ampang diteruskan di Morib pada Ahad lalu bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Program sama dijadual berlangsung di Stadium Utama Kuala Selangor, Sabtu ini sebelum berlangsung di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya pasa 16 Julai dan Padang Awam Batu Caves Gombak pada 31 Julai.

Membabitkan anak syarikat Kerajaan Negeri, program menyediakan pelbagai acara antaranya persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.