ad
AGENDA

2,003 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

27 Jun 2022, 2:32 AM
2,003 kes baharu, satu kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM, 27 JUN: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal paras 2,000 kes dengan 2,003 kes baharu dicatatkan setakat semalam.

Menurut data dikongsi menerusi https://covidnow.moh.gov.my , negara merekodkan 2,425 kes pada 22 Jun, 2,796 kes (23 Jun), 2,512 kes (24 Jun) dan 2,302 kes (25 Jun).

Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 4,556,664 kes dengan 28,151 daripadanya adalah kes aktif.

Ketika ini, sebanyak 27,025 kes sedang menjalani kuarantin kendiri,13 kes di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,133 kes di hospital termasuk 31 di tempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Satu kematian dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian 35,746 kes.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara adalah sebanyak 61.5 peratus dengan rawatan Covid-19 merangkumi 7.1 peratus.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.