ad
ADN

Wakil rakyat Bukit Melawati bantu tujuh keluarga baik pulih kediaman

23 Jun 2022, 3:06 PM
Wakil rakyat Bukit Melawati bantu tujuh keluarga baik pulih kediaman
Wakil rakyat Bukit Melawati bantu tujuh keluarga baik pulih kediaman

SHAH ALAM,23 JUN: Wakil rakyat Bukit Melawati membantu tujuh keluarga dikawasan Bagan Tanjong Keramat, Kuala Selangor untuk baik pulih kediaman masing-masing.

Juwairiya Zulkifli berkata setiap kediaman menerima bantuan wang tunai RM500 bagi tujuan pembaikan kecil.

“Saya turun padang melihat sendiri keadaan rumah yang uzur akibat sering berlaku kejadian air pasang baru-baru ini.

“Sumbangan kecil diberikan kepada keluarga yang perlu membuat baik pulih lantai papan di rumah masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Juwairiya turut berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penduduk terbabit.

[caption id="attachment_526996" align="aligncenter" width="400"] Wakil rakyat Bukit Melawati meninjau keadaan rumah di kawasan Bagan Tanjong Keramat, Kuala Selangor yang terjejas akibat fenomena air pasang. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.