ad
AGENDA

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 30 Jun ini - KPM

23 Jun 2022, 12:02 PM
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia 30 Jun ini - KPM

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

“Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.