ad
AGENSI

25 keluarga asnaf terima bantuan biaya pinjaman perumahan

22 Jun 2022, 4:19 AM
25 keluarga asnaf terima bantuan biaya pinjaman perumahan

SHAH ALAM, 22 JUN: Seramai 25 keluarga asnaf kategori fakir dan miskin serta mualaf di Klang menerima bantuan pembiayaan pinjaman perumahan.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata bantuan itu bertujuan meringankan kos sara hidup golongan terbabit selain membantu mereka memiliki sepenuhnya rumah yang didiami.

"Alhamdulillah, Operasi Agihan Daerah Klang telah menyerahkan cek bantuan penyelesaian baki akhir pinjaman perumahan kepada 25 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf.

"Semoga dengan penyaluran bantuan ini dapat membantu asnaf di Selangor menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sebelum ini," katanya di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.